Soalan:
Adakah sunat membuat aqiqah bagi bayi yang lahir mati sebelum
hari ke tujuh @ selepas hari ke tujuh
Jawapan:
Pandangan yang menjadi pilihan ialah tidak disunatkan lagi
menyembelih akikah untuk bayi yang lahir kemudian meninggal dunia. Hal ini
kerana antara tujuan akikah itu dilakukan ialah ia seumpama tebusan yang diserahkan
setelah dikurniakan anak dan mengharapkan ia membesar dalam keadaan sihat
tubuh-badannya dan jauh dari kejahatan syaitan. Jika bayi itu meninggal dunia
maka hilanglah tujuan ini. Inilah juga pandangan al-Syeikh Soleh bin Fauzan
Al-Fauzan. (Lihat: http://ar.islamway.net/fatwa/10874)
Sekalipun demikian sesiapa yang hendak melakukan akikah bagi
anaknya yang meninggal selepas dilahirkan, dia berhak melakukannya.
Para ulama berbeza pandangan tentang akikah bagi bayi yang lahir
kemudian meninggal dunia. Sebahagian ulama berpandangan bayi tersebut tetap
juga sunat diakikahkan berdasarkan hadis:
كل غلام مرتهن بعقيقته تذبح عنه
يوم سابعه، ويحلق رأسه ويسمى
* dari blog sebelah - Blog Hukum Hakam
Al Fatihah buat Andakanda Muhammad Rizqi Akhtar..
1 Februari yang lepas Mama sempat singgah melawat 'Rumah' Anakanda Rizqi.. sayu je melihat kubur2 yang lain .. bagaimana pula pusara yg bakal kite diami nanti.. :'(
Sempena cuti CNY 2016.. Atoq @ Nenek Rizqi bercadang untuk mengadakan kenduri Aqiqah, Tahlil & Doa Selamat secara serentak untuk arwah anakanda. Atoq telah memilih tarikh 7 feb 2016 untuk kenduri tersebut. :)
Biasanya jika majlis aqiqah ibu2 akan ciapkan anak2 mereka cantik2, ada ciap buat buaian berhias lagi, tapi Mama Rizqi hanya mampu menyiapkan diri sdr sahaja.. :(
ni belanja gambar mama sekeping.. :)
Ni pula gambar Papa Rizqi dan saudara mara..
Alhamdulillah selesai sudah majlisnye.. semoga majlis diberkati dan diterima sebagai satu Ibadah di sisi Nya.. Amin
#Keep In Memory
Write From Heart by:
Mama Rizqi Akhtar
11.35am| 11 Feb 2016




No comments:
Post a Comment